Cinta ilahi yang didambakan


"Aku suka awk. Saya ingin awak..," ayat aku tersekat apabila dia pergi begitu saja semasa aku meluahkan perasaan padanya. Ya allah, malunya aku!  Sudahlah, beratus kali aku kuatkan diri aku nak beritahu dia tentang perasaan aku ni tapi, macam tu saja dia blah. Sumpah, aku malu! Pasti dia fikir aku perempuan gatal. Tapi, salah aku ke? At least, aku terus terang tentang perasaan aku daripada perempuan2 lain yang terus terusan mengoda dia semata-mata nak tarik perhatian nya.

aku sendiri tak pasti, macam mana aku boleh jatuh cinta dekat dia. Mungkin perasaan tu datang bila aku kagum dengan jati dirinya. Riak mukanya selalu tenang. Ya, harus aku akui dia punya rupa yang mampu menarik mana-mana perempuan untuk mendekatinya.  Namun, bukan itu asbab aku menyukai melainkan aku kagum dengan bacaan ayat quran yang dibacanya dan laungan azan yang dilaungnya. Sungguh, perasan itu datang sendiri. Bukan aku tak halang cuma, aku sudah penat menghalang. Kini, semuanya dah berakhir.
.
Sejak kejadian itu, aku selalu mengelak untuk pergi mana-mana lagi kem yang melibatkan sekolah2 lain. Meskipun, cikgu sekolah sering mendesak aku untuk pergi tapi, aku masih dengan kedegilan aku. Bagi aku, mungkin ini jalan terbaik untuk aku lupakan dia meskipun, perasaan itu masih kuat dalam hatiku.
.
Entah kenapa perasaan itu makin menjadi-jadi sedangkan aku sudah mengambil jalan terbaik dengan mengelak darinya. Aku buntu.
.
Ramadhan alkareem telah datang. Akhirnya, aku sudah buat keputusan! Aku ingin dekatkan diri aku dengan-Nya. Sungguh, aku lebih tenang. Perasaan itu masih ada dalam hati aku cuma, alhamdullilah aku sudah pandai mengawalnya.
.
Kadang aku memandang rendah diri aku sendiri terutamanya kebodohan aku meluahkan perasaan aku padanya. Dia alim tapi, aku tak. Dia hafiz tapi, aku tak. Tapi, aku ada hati ingin mendekatinya. Sedangkan allah pernah berfirman,   " lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik."
.
Yah, i gots it now! Aku tak cukup padan untuk dia. Jadi, pada hari akhir2 bulan ramadhan itu aku sudah kuatkan hati aku yang.. dia bukan adam aku. Aku redha dengan semua itu. Mungkin dulu aku malu dengan peristiwa luah perasaan itu, tapi sekarang aku bersyukur. Kerana peristiwa itu, aku kenal erti cinta yang sebenar. Cinta yang hakiki. Cinta pada ilahi. Itu yang utama.
.
Akhirnya, aku berjaya melangkah dengan tenang tanpa perlu berkeluh kesah lagi. Alhamdullilah,hati yang diisi dengan cinta pada ilahi mampu membuatkan aku jauh lebih tenang.  Adik aku sendiri nampak lebih gembira dengan perubahan aku.
.
Kami melangkah menghampiri tempat letak kereta dan kelihatan ayah aku sudah berada di hadapan kereta dan sedang bercakap dengan seorang pemuda yang aku sendiri tidak tahu siapa. Namun, aku akui hati aku sedikit tidak tenang terutama pandangan mata ayah yang terus tertusuk pada aku apabila ayah menyedari kehadiran kami.
.
Ya allah, kecilnya dunia! Setelah sekian lama tidak menjumpainya, kami bertemu semula. Dan, wajahnya masih sama. Tenang setenangnya.
.
Aku hanya mendiamkan diri apabila semua mata memandang ku. Aku buat tak tahu. Dia hanya tersenyum melihat aku. Ah, mesti dia mengejek aku.
.
"Saya kenal anak pakcik ni. Kawan saya..," terang dia membuatkan aku kelu. Dia kemudian meminta izin untuk beransur pulang. Mungkin sedar bahwa aku tidak menyenangi keberadaan disitu.
.
Keesokkannya, ayah memberi aku sepucuk surat. Katanya dari kawan aku. Dia kah? Yah, memang dari dia.
.
"Ana rasa enti dah tau.. apa itu maksub cinta. Alhamdullilah, ana gembira untuk enti."
.
Deep gile aku tapi, itulah kenyataan. Dan, aku malu! Aku mencari cinta manusia tapi, aku lupa cinta ilahi yang terbentang luas untuk aku. Allahu.., sungguh aku bersyukur dengan tindakan dia tinggalkan aku semasa aku meluahkan perasaan pada dia. AT least, dia sedar kan aku bahawa ada cinta yang lebih agung berbanding cinta manusia.
 .
Yup, cinta ilahi.

Thanks to sapasapa yang sudi luangkan masa untuk lawat entri. Hope korang dapat tangkap apa yang sis yang cuba sampaikan.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara mengubati hati yang lara

alkisah: pandangan manusia

cikgu, i love you