Alkisah: Hannan, demi sebuah janji.

Bismillah.. bagi aku, hari itu macam hari hari yang lain. Dia happy, aku pun happy. Dia melompat, aku pun melompat. Dia ajak bergaduh, aku join sekaki. Dia pukul aku, aku pun pukul dia balik. Dia jeling aku, aku jeling dia balik. Dia marahkan umi dia, aku marahkan dia balik. Well, budak tiga tahun.. apalah sangat yang dia tahu. Lagi lagi dia lelaki, nakal takpayah katalah. Aku pun boleh lelah!

Likes normally tapi, sapa sangka.. ini adalah janjiNya.

Rupanya, dia happy bersebab. Dia melompat bersebab. Dia ajak aku bergaduh bersebab. Dia pukul aku bersebab. Dia jeling aku bersebab. Dia buat semua tu bersebab. Dan sebabnya? Dia buat semua itu untuk kali terakhir dalam hidup dia.

Biar nanti, aku boleh ingat sampai bila bila waktu dia happy dan senyum untuk aku. Biar nanti aku dah tak rindu nak bergaduh dengan dia. Biar nanti aku tak lupa ingatkan dia tiap kali aku melompat. Biar nanti jelingan dia jadi ubat rindu untuk aku. Sebab, dia nak abadikan moment tu bersama aku dan yang lain.

Aku tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan ini. Sumpah, aku tak tahu! Tak kan aku yang menangis bagai walaupun aku hanya cousin dia sedangkan, umi dia pun nampak tabah. Nak kata aku rapat dengan dia, kami tak lah serapat mana tapi.. hakikatnya, aku sayang gila dekat dia. Aku sayang kau, bang nan. Sayang sangat.. .

Kau bayangkanlah, selama ini aku cuba buat kuat depan orang lain tapi, bila ummi aku kata yang dia dah takde! Aku terus nangis! Depan dorang semua. Sumpah, pelbagai perasaan datang masa itu! hati aku takpayah katalah. Macam kena toreh. Kau bayangkanlah, bila ummi kata yang dia lemas.. aku just buat rileks sebab aku tahu dia kuat! Tapi, rupa rupanya dia pilih allah.. lebih dari ummi ayah dia dan aku.

Dia.. dia.. istimewa kut! Dia lain sepupu aku yang lain! Dia manja dengan aku! Dia kuat gaduh dengan aku sebab nak cari perhatian! Dia suka panggil nama aku dan aku rindu nak dia panggil aku balik! Dia gediks ntah apa apa dengan aku sampai aku hilang segala masalah aku sebab layankan dia! Dia selalu buat aku geram sampai dia berjaya buat aku ingat dia dan lupakan orang disekeliling aku! Dia somebody untuk aku! Sangat special! dia hannan aku sampai bila bila.. sampai bila bila. Dia adik lelaki aku yang akan aku ingat sampai bila bila. Dia kawan gelak aku yang paling best! Dia lelaki gediks-manja yang paling aku suka!

Dia hannan aku. Dia ceria pada saat akhir dia. Dia berjaya buat semua orang ketawa dengan dia. Dia berjaya buat semua orang menangis kerana dia. Tapi, dia jahat!

Dia berjaya buat kami terpinga-pinga bila umi dia call kata dia dah takde. Dia pergi dengan mendadak sedangkan dia sihat sebelum ini. Bukan aku aje yang terasa, pakcik aku yang duduk jauh pun jadik bingung bila dapat call kata dia dah takde. Dia buat kami macam ni tapi, kami cuba redha! Kami cuba tabah!

Dia istimewa gila! First, dia bagi kami.. dah macam abang long since pada usia dia yang terlalu muda, dia berani nak disunatkan! Secondly, dia bagi kami seorang penglipur lara.. since dia selalu buat lawak dengan ayat-ayat dia. Thirdth, dia bagi kami seorang yang gigih since dia selalu nak bercakap dan bercerita walaupun, ayat dia separuh separuh!

"Tie, bang nan nak di" tu kata dia.. . tapi, aku faham yang dia nak kata.. "tie, abang hannan nak mandi"

I  am starting to miss him! Dia dah takde, korang. Aku kena tabahkan?  Yes, of course! Parents dia boleh buat takkan aku, yang hanya cousin dia xleh buat plak kan?  Ujian hidup datang dari pelbagai arah dan bentuk. Ujian tak tunggu kita bersedia atau tak, dia main hentam saja tapi, aku percaya.. yang ujian itu berhikmah! Hilangnya dia, dia menunggu nun di syurga! Sedangkan kami, terpaksa berhempas lupas menyucikan diri untuk ke syurga ilahi.

Allahu, rabb! Kau kuatkanlah hati hati kami, ya allah! Kau lapangkanlah dada kami yang allah. Ajarilah kami erti redha dan tabah dalam setiap ujian yang kau berikan pada kami. Berikanlah kami kekuatan dalam menghadapi setiap satu ujian yang kau bentangkan untuk kami. Munculkanlah keikhlasan dalam diri kami ya rabb dalam menempuh ujian mu. Perkenankanlah doa kami.

Cukup sampai sini saja aku bercerita pasal dia, my hannan. Forever my hannan. Masih banyak kenangan yang aku nk sebut tapi, mungkin ini saja yang aku mampu luah. Itu antara yang teristimewa buat aku.

Notes: alhamdullilah. Sis dapat habiskan entri sis kali ini walaupun, air mata sis meleleh tak henti-henti. Untuk entri kali ini, sis yang hadapinya. Yup, i lost my brother. Adik lelaki sepupu sis dah kembali ke rahmatullah tapi, sis bangga untuk itu. Dia mati muda. Suci. Dosanya tiada. Tapi, sis dan korang terpaksa berhempas pulas untuk capai syurga allah. Dia sangat istimewa dalam hidup sis. Sis, masukkan dia dalam entri sis bukan sebab nak raih simpati korang tapi  sis nak abadikan moments ni. Sis takut sis akn lupakan dia. Sis takut untuk itu!  Sis, harap.. walaupun cerita ini.. takde kaitan untuk korang.. tapi, sis harap korang dapat ikhtibar. Jangan sia siakan sesiapa pun dalam hidup kita. Never do it! Pada musuh kita sekali pun! Ingat tu! em, sis mintak jasa baik korang yang baca entri sis untuk sedekahkan innalillahwainnailaihirajiun dan alfatihah pada cousin tersayang sis, muhammad roqid hannan bin muhammad hasnul fathi. Terima kasih buat korang semua. Hope, boleh doakan agar keluarga arwah tabah dan sabar dengan ujian yang diberi.

Date: 19/03/2017 (ahad)

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara mengubati hati yang lara

alkisah: pandangan manusia

cikgu, i love you