Alkisah: sedarkan cinta sejati, doktor

Bunyi gitar itu cukup menarik perhatian aku yang sedang asyik memeriksa pressure blood pesakit aku. Jangan katakan aku, pesakit yang aku rawat turut melilaukan pandangan mencari arah petikan gitar itu. Cuma, satu perkara yang aku akui petikan gitar itu cukup merdu dan syahdu. Nak komen lebih pun tak boleh, aku bukannya ahli muzik.

Seusai menyudahkan kerja aku, aku kembali menapak ke arah bilik kerja aku. Masih berlambak kerja yang perlu aku settle kan. Tingginya mengalahkan bangunan KLCC. Namun belum sempat aku melangkah masuk ke arah bilik, aku terdengar perbualan dua orang jururawat yang memang terkenal dengan perangai kepohnya!

"Wah, sweetnya! Kalau aku jadi minah tu dah lama aku peluk mamat handsome tu," kata jue, jururawat yang memakai cermin mata tanpa bingkai. Amboi, ada hati nak peluk anak teruna orang cik nurse ni! Aku hanya mengelengkan kepala. Tanpa sedar aku mencuri dengar perbualan mereka berdua. Namun, dari cerita mereka.. aku menaruh minat untuk berjumpa dengan sumayyah dan qayyum. Pasangan yang bagi aku amat hebat.

Hari seterusnya aku diarahkan untuk mengantikan doktor hariz, rakan setugasku yang sepatutnya menguruskan seorang pesakit yang mengalami kerosakan hati. Aku iyakan saja dan alangkah terkejutnya aku apabila hasrat aku ingin bertemu sumayyah tercapai. Kira, tak sia-sialah aku gantikan doktor hariz meski aku sendiri tengah sesak dengan kerja aku.

Dan, sumayyah benar-benar buat aku kagum bahkan qayyum tidak kurang hebatnya. Bayangkan, semasa aku ingin bertemu dengannya aku melihat sumayyah umpama sedang berzikir sedangkan diri kelihatan agak kurang sihat dan sangat lemah. Qayyum pulak aku lihat sedang menyimpan sejadah yang baru digunakannya. Rasanya, baru selesai solat sunat.

"Assalamualaikum, doktor." Tegur qayyum. Aku hanya tersenyum lalu mengangguk. Sumayyah pula hanya tersenyum melihat aku.  Aku menghampiri sumayyah. Aku ketap bibir aku, menahan sebak.

"Dia hebatlah, bib! Kau bayanglah.. kalau aku jadik dia, aku terjun bangunan saja.. dah lah kena uji dengan masalah hati, lepas tu parents dia pulak yang meninggal. Nasib baiklah, tunang dia.. si qayyum tu sanggup amik alih tugas parents dia nak jaga." Kata-kata jue sedikit sebanyak mengesankan hatinya. Lebih-lebih lagi sumayyah yang sedaya upaya cuba tersenyum pada aku. Allahu.. .

"How are you? Feel better?" Tanya aku walaupun aku tau keadaannya macam mana. Sumayyah ku lihat hanya mengangguk. Qayyum pula tidak memasang riak. Aku kemudian meneruskan kerja aku sehingga aku terganggu dengan sapaan qayyum.
"Doc, saya ingat nak dermakan hati saya pada sue. Boleh tak doc? Saya.. tak sanggup untuk tengok dia terus macam ni," qayyum memandang sumayyah yang sudah tertidur. Alahai, sweetnya! Sanggup berkorban demi tunang dia. 

Tapi, keluhan yang keluar dari mulut aku. "Encik.., saya rasa doktor hariz dah terangkan pasal ini bukan? Kalau encik terus dengan ketegasan encik, pembedahan mungkin boleh membawa maut," terang aku sebaik mungkin.

Qayyum kelihatan mengeleng. Kecewa.

 "Apa yang saya boleh lakukan lagi doc? Saya tak sanggup nak lihat dia terus begini," Adu qayyum.

"Sue mungkin tak mengeluh depan saya dengan kesakitan yang dia alami tapi, saya dapat rasakan.. doc, please!"sambung qayyum. Buat aku sebak.

Dia sanggup dermakan hati dia pada sumayyah walaupun nyawa dia dalam bahaya. Dia sanggup menderita daripada melihat sumayyah yang menderita. Tulusnya cinta dia pada sumayyah. Mungkin inilah yang dikatakan.. cinta kerana allah. Walau bagaimanapun ujian yang mendatang, mereka sanggup menghadapinya bersama-sama meskipun, qayyum boleh saja tinggalkan sumayyah. Hebat cinta mereka berdua! Moga keikhlasan hati mereka terhadap satu sama lain direstui allah!

Namun, aku masih ingin menguji betapa teguh cinta mereka.

"Awak sanggup buat apa saja untuk dia meskipun, nyawa awak dalam bahaya?" Soal aku.

Qayyum terdiam sejenak. "Adakah dokor tuhan? Tuhan saja yang berhak menentukan ajal maut seseorang. Saya tak kisah apa pun yang terjadi pada saya as long as sue sihat seperti dulu." Aku hanya tersenyum sinis.

Ayat itu sering kali diucapkan oleh keluarga pesakit yang aku rawat. Sikit pun aku tak terasa. Aku pandang dia yang sedang memandang sumayyah. Aku seorang psikologis. Yes, aku bukan tuhan tapi, aku diberi ilmu yang dikurniakan oleh tuhan! Memang aku tak boleh jangka pada yang ada dalam otak manusia tapi, aku belajar mengenainya! Ah, biasalah! Apabia dihentam macam macam oleh keluarga pesakit, doktor seperti aku biasanya akan memekak telinga saja! Itu yang terbaik.

"Apa yang saya boleh buat lagi? Saya bukan tuhan. Jadi keputusan bukan ditangan saya. Ia ditangan tuhan!" Balas aku bersaja. Orang yang beriman tidak semestinya orang yang berilmu. Tapi, orang yang berilmu pasti akan menjumpai erti beriman yang sebenarnya.

"Tapi, kita kena usaha doc!" Balasnya tegas.

"Lah.. bukankah awak berkata tadi yang doktor bukan tuhan? Ajal maut ditangan ALLAH. Buat apa saya berusaha andai ia telah ditetapkan oleh ALLAH?" Aku memandangnya yang sedang merenung sumayyah. Dalam diam aku mengeluh.

"Encik.. you must remember this! Yes, doktor bukan tuhan tapi, ilmu yang kami ada kami telah praktiskan. Dan, 80 percent ia bertepatan dengan apa yang kami kaji. Soal maut dan ajal .. ia memang ditangan allah. Kami hanya berusaha tapi, kami tahu sejauh mana kami harus berusaha. Kami hanya sampaikan apa yang kami tahu dan pasti."

"And, tentang sumayyah.. terus terang saya katakan.. sumayyah mungkin hanya menunggu masa untuk.. untuk kembali pada sang pencipta. Dia sendiri kelihatan sudah berputus asa untuk melawan penyakit dia. Mungkin, allah dah menjanji sesuatu yang lebih baik untuknya disana. Maaf andai pada yang saya cakapkan ini agak melampau." Aku memandangnya yang sudah terjelepuk di atas lantai. Hati mana yang tidak sedih tapi, aku harus profesional.

Ramai yang kata, doktor tiada hati perut! Bukan tiada, tapi buat buat tiada hati perut! Mustahil kami ingin melihatkan sisi kami yang lemah sedangkan pesakit mengharapkan kami menjadi penguatnya. Aku hanya memandang sumayyah yang memandang aku dengan pandangan yang aku kurang mengerti maksubnya. Dia dah sedar tapi, aku tahu matanya mengambarkan apa. Kematian. Ya allah, permudahkan urusan sumayyah.

Qayyum aku lihat masih menunduk memandang lantai. Sumayyah ku lihat cuba mengamit aku padanya. Aku menghampirinya dan mengengam tangannya. Cuba memberi kekuatan padanya.

"Te..terima kasih se..sebab sedarkan di..dia. terima kasih." Aku mengetap bibir. Aku hanya mengangguk. Aku cuba memanggil qayyum tapi, ditegah sumayyah.

"Saya dah ba..banyak su..susahkan dia. Biarlah sa..saya pergi tanpa su..susahkan dia," kata sumayyah berjaya membuatkan air mata aku menitis. Ya allah.. . 

Dia kemudian membawa tangan ku kebawah bantal. Dapat aku rasakan bahawa ia sepucuk surat. Mungkin untuk...

"Berikan pada qayyum bila saya dah pergi nanti," sambung sumayyah. Aku hanya mampu mengangguk.

"Awak boleh lawan semua tu, sue.." kata aku umpama ingin dia terus disisi qayyum.

Sumayyah mengeleng. "Saya pilih ALLAH.. mungkin kami bo..boleh bertemu di sana nanti. Saya akan tunggu dia.. di..disana." akhirnya empangan air mataku pecah. Ya allah, hebat hamba mu ini!

Sumayyah akhirnya menghembuskan nafas terakhir disisi aku. Dan qayyum aku lihat masih cuba menahan rasa sendu di dalam hati. Dia hanya memandang sumayyah dari tempat dia jatuh terjelepuk tadi. Aku tahu dia sedang menerima takdir yang ditetapkan untuknya. Moga allah beri dia kekuatan untuk hadap semua ini.

Notes; cerita ini hanya rekaan semata-mata. But still, sis harap korang dapat a few points yang sis try sampaikan. Tugas sorang doktor dan ujian yang dia harus hadapi. Ujian yang menimpa kita ada hikmahnya. Tulusnya sebuah cinta kerana allah. So, benda yang baik korang amik sebagai pedoman. Benda buruk korang amik sebagai sempadan. See u in other entries!

Ulasan

  1. OK. Yang ni sad, so sad. I mean, as humans, we sometimes forgot about Allah because we thought love is everything. But, it's true that the Creator's love is greatest of all.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara mengubati hati yang lara

alkisah: pandangan manusia

cikgu, i love you