Alkisah: seikhlas hati


Aku mengeluh dalam diam. Ku lihat dia sedang enak berbaring di atas kerusi rotan itu. Lena dalam bayu angin pantai yang membelai pipinya. Lidi yang aku gunakan untuk menghalau lalat aku letak elok ditepi ku. Dengan cermat aku melakukannya agar tidak mengejutnya dari lena.

Kaki aku panjangkan ke hadapan untuk menghilang lenguh akibat terlalu lama duduk bercangkung di hadapannya. Mata ku tetap khusyuk memandang wajah tua milik datuk ku yang aku panggil 'tokki'.

Aku memandang badannya yang mula mengurus akibat sakit tuanya. Ya rabb, ikhlas hati aku.

Aku bangun untuk masuk ke dapur. Tengkuk terasa kering. Mungkin kurang air. Hanya beberapa langkah saja lagi untuk mencapai cawan, rengekan tokki membuatkan aku kembali berpaling dan menghampirinya.

"Kenapa tokki?" Aku memandang matanya yang tepat memandang wajahku. Aku mengetap bibir. Inilah tokki yang suatu ketika dulu tak pernah lelah mengikut kerenah aku ketika kecil. Semua permintaan aku diikutinya.

Tokki ku lihat meletakkan tangannya di atas perutnya yang mula mengelupas kulit akibat kesan garuan. Aku mengangguk faham. "Okeh, akak gosok. Tokki tidur lah. Akak tunggu."

Tanganku mula menjalankan tugas. Namun mataku masih leka pada wajahnya yang mula dimamah usia. Bibir diketap rapat.

***

"Tokki selalu panggil akak tadi. Sampai akak nak minum air pun susah." Aduku manja.

Emak tersenyum. "Sajalah tu.. nak bermanja dengan akak. Lagipun, dia rasa sunyi.. tu yang dia asyik panggil tu."

Aku mengangguk faham. Emak ku lihat ingin berkata tapi, aku tahu.. ayat yang sudah acap kali dikatakan padaku.

"Akak tahu.. akak sepatutnya hargai saat ni. Kalau sedara yang lain berbakti dengan sibuk cari rezeki untuk tokki. Biarlah akak yang berbakti dengan menjaga tokki. Lagipun, akak tengah free dan takde kerja yang buat."

***

Aku pandang wajah bapa saudara ku, tak percaya. Masuk hospital? Tokki?

"Tulah, ayah tu selalu sangat mengadu pasal perut dia. Tadi, azah pergi check kata ada busung air. Nak kena buanglah air tu. So, ayah kena masuk hospital lah. Malam ni, azah dengan abang yang akan jaga ayah dulu." Emak asyik mendengar penerangan mak long azah. Aku hanya menjadi pendengar setia. Dalam diam aku mengeluh. Atas sebab apa aku mengeluh, aku sendiri tak tahu. Ya rabb, ikhlaskan hati aku.

***

Tv aku biar terpasang. Meskipun aku tak perlu jaga tokki hari ini kerana tokki ada di hospital, aku tetap perlu menemani nenek ku yang keseorangan di rumah. Tv3 menjadi tumpuan ku pada tengah hari tu.

"Akak..," aku kelu. Pandangan yang tadinya pada tv kini tertumpu pada sebuah katil single yang terletak elok di satu sudut rumah. Aku meraup rambutku. Allahu, aku rindu dia panggil namaku.

Panggilan manja itu masih terngiang-ngiang di telingaku. Aku menutup mata sebelum mulutku lancar membaca surah alfatihah. Aku sedekah surah itu pada tokki yang kini sedang membuat pembedahan membuang air yang terlampau banyak di dalam perutnya.

***

"Macam mana kalau tokki dah takda nanti?" Entah kenapa hatiku berdetak kerana itu. Wajah tokki aku pandang seketika sebelum menyambung tugasku mengelap badannya. Aku memperbanyakkn istighfar.

"Tapi, kematian itu suatu kepastian. Lambat atau cepat, kita akan pergi. Begitu juga dengan tokki." Aku memberhentikan gosokan tanganku pada tubuh tua tokki. Dia sudah lena. Fikiran ku makin menjadi - jadi membuatkan aku tidak bentah. Perlahan aku dekatkan mulut aku pada telinganya.

"Akak pergi tandas jap. Nanti akak datang balik. Tokki tidur lah dulu." Suara serak seksi aku mula kedengaran. Ya rabb, kuatkan hati aku.

Aku berlari masuk ke dalam tandas. Dalam sedar aku menangis. Aku tak betah untuk menahan rasa ini lagi. Biarlah aku lepaskan segala isi hati aku.

***

Aku mengeluh. Semakin sakit perut ini akibat sengugut. Sudah berapa kali aku berulang alik dari tandas. Geram plak rasanya.

"Dah lah tak boleh puasa sempena nisfu syaaban. Sengugut pulak. Mencabar kesabaran aku betul," aku mencubit perutku yang sudah sedia kempis itu.

"Akak, akak cepat. Mak panggil... tokki.. tokki,"

Aku cepat-cepat keluar dari tandas. Ku lihat adik aku tergesa-gesa memakai tudungnya. Aku bingung.

"Kenapa ni?"

"Mak kata tokki.. dah takde," aku kaku. Allahu, ya rabb.

***

Aku memandang emak yang mencium dahi, pipi tokki buat kali terakhir. Aku ketap bibir. Seterusnya, sepupu perempuan aku menghampiri arwah tokki yang sudah siap dikafankan.  Allahu, ya rabb. Allahu, ya rabb.

Tangan aku genggam kuat sebelum menghampiri tokki. Aku berhenti sekejap dihadapan arwah. Wajahnya aku pandang. Andai dulu, wajah yang terpamir adalah wajah yang menahan kesakitan tapi, kali ini tidak. Wajah yang tidur dengan lena dan aman tanpa apa-apa cela. Allahu, ya rabb. Allahu, ya rabb. ikhlaskan hati aku.

Aku mencium wajah itu. Pipinya. Dahinya. Hidungnya. Aku redha, ya rabb. Aku kena tabahkan?

***

Istimewanya dia pada hati aku. Dialah tokki. Dialah peneman aku tika aku kecil dulu. Dialah bank aku tika aku nak beli aiskrim malaysia. Dialah driver aku tika aku bosan dan nak pergi jalan-jalan. Sekarang dia dah takde. Sedih? Itu pasti. Menangis? Menangis bukan segala-galanya. Redha? Itu yang aku belajar sekarang.

Keluarga aku dan aku... kami redha. Kami cuba. Mungkin, ini yang terbaik untuk arwah.

Notes: cerita kali ini.. terjadi pada sis sendiri. Kalau sebelum ini, sis ada cerita pasal arwah abang hannan sis.. so, kali ni.. pasal arwah tokki sis pulak. Kali ini, sis dah tak nangis lagi dah. Tapi, still yet sis.. rindu dan still try nak tabahkan diri. Kali ini, sis ada satu aje pesanan penaja...... setiap yang hidup pasti akan mati.  Itu sis try adopt dalam hidup sis dengan lebih keimanan. SO, sekali lagi sis nak mintak pembaca entry sis sedekahkan alfatihah untuk arwah tokki sis, daud bin musa. beliau orang yang paling dekat dengan sis suatu ketika dulu.

Thanks for you yang still stuck dengan entri sis. In sha allah, after this.. entri seterusnya.. lebih happy ending.

Daud bin musa
1941-2017
100517
Alfatihah

Ulasan

  1. Yup. Hidup pasti mati gk. Not everything akan kekal. Cam cik sy(my grandpa), baik sgt ngan cucu dia. Rindu tu ada, sedih tu pasti but we must go on. Live, as we are.

    Tabahkan hati ya, sis!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara mengubati hati yang lara

alkisah: pandangan manusia

cikgu, i love you